APABILA RAJA BERDARAH BUGIS BERTITAH ....



APABILA RAJA BERDARAH BUGIS BERTITAH ....

Dalam wawancara eksklusif Tuanku Sultan Selangor Tuanku Sharafuddin Idris Shah yang disiar dalam akhbar The Star hari ini Tuanku melahirkan kekesalan dan kegusaran terhadap politik bekas PM dan kini tunggak PH Tun Dr Mahathir.

Tun Dr M menurut Tuanku adalah seorang ahli politik yang sendat dengan kemarahan dalam jiwanya. Jiwa penuh marah beliau itu bakal membakar seluruh negara jika dibiarkan.

Tuanku ternyata sungguh terkesan dan kecewa dengan tohmahan Tun Dr M bahawa kononnya keturunan Bugis adalah keturunan lanun.

Dalam keghairahan Tun menyerang musuh politiknya PM Najib Tun Razak, Tun sanggup luahkan apa sahaja termasuk menghina keturunan Bugis dan sehingga kini tidak kesal dengan tohmahannya itu.

Yang menarik dalam wawancara berkenaan Tuanku turut mengimbau Tun sebagai PM dahulu. Pernah semasa beliau PM, Tun menuduh bahawa banyak wang telah dibelanjakan untuk membiayai Raja-raja Melayu.

Kata Tuanku Almarhum Ayahandanya pernah maklumkan padanya: "Hari ini hari beliau (Tun), esok hari kita pula".

Bagaimana dengan kerugian FOREX BNM (yang menurut RCI baru-baru ini mencecah RM31.5 Bilion) tanya Tuanku. Bukankah kerugiannya lebih besar?

Kalau pihak Istana yang sentiasa peka dan punya penuh maklumat berkenaan perkembangan negara pun bimbang dengan politik Tun, inikan pula kita rakyat jelata.

Mahu Malaysia rentung hangus? Ambil semula lah "kleptokrat tua" ini sebagai PM.

Buktikanlah bahawa cita-cita menyelamatkan Malaysia bukan sahaja cita-cita dan harapan Istana tetapi ia turut dikongsi rakyat jelata.

Daulat Tuanku.

-Anak Bugis Selangor-

No comments

Powered by Blogger.