Bekas pegawai kanan kementerian direman



BEKAS timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian (kanan) direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana bernilai hampir RM180 juta. - Foto Abd Rahim Rahmat

Oleh Zanariah Abd Mutalib

zanariah_mutalib@bh.com.my

PUTRAJAYA: Bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana bernilai hampir RM180 juta.

Wanita berusia 40 tahun itu adalah antara tiga individu yang ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dia ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 8.15 malam tadi.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Aida Khairuleen Azli di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Dua lagi yang ditahan di pejabat SPRM Sabah semalam ialah pemimpin kanan Parti Warisan Sabah dan ahli perniagaan berusia 52 tahun.

Setakat ini, SPRM sudah membekukan akaun bank bernilai hampir RM180 juta milik lebih 10 syarikat di Sabah bagi membantu siasatan kes terbabit.

No comments

Powered by Blogger.