CHEF WAN kata Malaysia Miskin Tiada Pusat dialisis di Langkawi?



CHEF WAN kata Malaysia Miskin Tiada Pusat dialisis di Langkawi.

Sebelum saya membuat penjelasan berhubung kenyataan Chef Wan, saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa lebih2 lagi sesama insan yang dipinjamkan sementara di bumi milikNYA ini.

TABAYYUN TABAYYUN TABAYYUN
Sebelum kita membuat sebarang kenyataan, komen mahupun "share" maklumat dalam media sosial, pastikan kita selidik dan cari fakta yang tepat sebelum kita membuat sebarang tuduhan. Semoga Allah SWT jadikan kita insan yang lebih baik dari semalam.

Untuk makluman semua, kemudahan dialisis di Pulau Langkawi boleh didapati di Hospital Langkawi dan di sebuah pusat dialysis swasta. Jumlah mesin yg ada di hosp Langkawi ialah 26 mesin. Pada masa skrg seramai 103 pengidap End Stage Renal Failure (ESRF) atau kegagalan buah pinggang mendapat rawatan di hosp Langkawi. Sementara itu pusat dialisis swasta di Pulau Langkawi mempunyai 6 mesin dan bilangan pesakit yang mendpt rawatan hanya 2 org shj.

Suka juga dinyatakan di sini bahawa, Hospital Langkawi merupakan sebuah hospita berpakar.

Selain hemodialisis terdapat alternatif lain iaitu CAPD dimana pesakit dilatih dan boleh lakukan dialisis dirumah. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan haemodialisis di hospital-hospital kerajaan malah bagi meningkatkan lagi bilangan mesin dialisis dan memberi kemudahan kepada rakyat, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah turut menyediakan perkhidmatan hemodialisis di Klinik-Klinik Kesihatan terpilih. Perkhidmatan hemodialisis di klinik-klinik kesihatan juga sedang ditingkatkan ke beberapa klinik kesihatan lagi di seluruh negara termasuk di Negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Norhizan Bin Ismail
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
9 Ogos 2017

#NegarakuMalaysia
#NegarakuSehatiSejiwa

No comments

Powered by Blogger.