United Lepaskan Rooney Percuma Ke Everton




WAYNE Rooney kembali ke Everton selepas 13 tahun meninggalkan Goodison Park.

Menurut laporan Sportsmail, Manchester United bersedia tidak meletak sebarang harga untuk memudahkan Rooney meninggalkan Old Trafford.

The Toffees dilaporkan bersedia membayar 10 juta pound bagi mendapatkan kapten United itu dan menawarkan gaji 150,000 pound seminggu kepada Rooney.

Ejen Paul Stretford dilihat berada di luar pejabat Pengerusi Everton Bill Kenwright pada Rabu.

Pada 12 Mei lalu, United telah memancing Everton menggunakan Rooney bagi mendapatkan penyerang Romelu Lukaku.

Dan pada Khamis, Lukaku secara rasminya telah menjadi pemain United dengan perpindahan bernilai 75 juta pound.

Untuk rekod, Rooney masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama United.

Berita perpindahan Rooney ke Everton bukanlah mengejutkan kerana pada Mac lalu dia dilaporkan telah berbincang dengan kelab lamanya itu selepas tidak lagi menjadi pemain utama barisan kendalian Jose Mourinho.

No comments

Powered by Blogger.