Tunggulah nasib kamu nanti...



Petikan video sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar perempuan yang tular sejak malam semalam.

Ainul Durmahyanty Durming

am@hmetro.com.my


Video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, dibelasah sekumpulan pelajar tular di laman sosial sejak malam semalam.

Video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Mangsa cuba mengelak namun terus dibelasah sehingga terjatuh sebelum dipijak dan ditumbuk.

Ketika itu, mangsa merayu supaya diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

"Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya," katanya.

No comments

Powered by Blogger.