PPIM dan owner kereta pula disalahkan



KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KAJANG

-PPIM dan owner kereta pula disalahkan.

Makluman Kejadian Ceroboh Stor Syarikat AGR Group di Lot 1926A, Sungai Sekamat, Kajang, Selangor.

Pada 10/07/2017, Pihak Polis Kajang telah menerima satu laporan Polis berkenaan kejadian Ceroboh Stor Kenderaan di Syarikat AGR Group, Sg Sekamat Bt 13, Kajang Selangor.

Pengaduan 1/L/Melayu berumur 32 Tahun iaitu Executive Manager Syarikat pada jam L/Kurang 1445 hrs, pengadu telah dimaklumkan oleh salah seorang pekerja beritahu terdapat sekumpulan individu dipercayai pemilik kenderaan yang di pajak kepada Syarikat tersebut telah datang ke Stor Syarikat untuk mengambil kenderaan yang berada di dalam stor. Mereka juga telah memasuki kawasan stor tanpa menunjukkan apa-apa notis dari pihak Mahkamah. Pengadu juga telah pergi ke stor dan berjumpa bagi berbincang dengan pemajak-pemajak tersebut. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Syarikat kenderaan Towing juga turut hadir bersama Pemajak kenderaan untuk mengambil kereta yang berada di dalam stor tersebut.

Siasatan awal pihak Polis Kajang mendapati, sekumpulan individu bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah merosakkan kunci mangga pada pagar dan menceroboh masuk stor berkenaan dan telah mengeluarkan sebanyak (40) kenderaan dari Stor berkenaan tanpa menunjukkan sebarang dokumen kepada pemilik syarikat. Syarikat tersebut merupakan Syarikat yang menjalankan perniagaan memajak dan menyewakan kenderaan dimana pemilik kenderaan telah membuat perjanjian bertulis dengan pihak Syarikat. Sebanyak (23) laporan polis juga telah dibuat oleh pemilik kenderaan tersebut. Semasa kejadian telah berlaku sedikit ketegangan dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Pihak Polis Kajang telah membuka Kertas Siasatan dibawah Seksyen 447 dan 427 Kanun Keseksaan, dimana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tiga bulan penjara atau denda tidak melebihi seribu ringgit atau keduanya sekali bagi kesalahan menceroboh, manakala kesalahan perbuatan khianat jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Serdang juga turut menjalankan siasatan dengan membuka Kertas Inkuari Polis (KEP) ke atas Syarikat ini ekoran sebanyak (22) laporan polis yang telah dibuat oleh pemilik kenderaan berkenaan mengatakan telah tertipu.

Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat berkaitan kes ini.

Tq.

P/S : Kirim salam kat abg rambut purple..

No comments

Powered by Blogger.