Raja Saudi pecat putera mahkota, lantik anak sendiri



AFP

RIYADH: Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz hari ini melucutkan anak saudaranya Mohammed bin Nayef sebagai putera mahkota, sebaliknya melantik anaknya Mohammed bin Salman menggantikan tempat itu.

Pelantikan itu mencerminkan usaha tersusun melucutkan kuasa Mohammed bin Nayef berusia 57 tahun itu, digantikan dengan anaknya yang berusia 31 tahun, mencerminkan pengganti muda dalam sistem beraja yang kebanyakannya terdiri daripada generasi tua.

Pengumuman diraja dipetik agensi berita Arab Saudi turut melantik Mohammed bin Salman sebagai timbalan perdana menteri di samping mengekalkan jawatan menteri pertahanan.

Salman, 81, sebelum ini melantik anaknya sebagai timbalan putera mahkota.

Mohammed bin Nayef, penguatkuasa veteran dan diterima baik oleh Barat susulan usahanya melawan Al-Qaeda, dipecat daripada jawatan menteri dalam negeri.

Dua tahun lalu, Salman memecat putera mahkota yang dilantik arwah Raja Abdullah, Moqren bin Abdul Aziz bin Saud.

Sebagai menteri pertahanan, anak Salman bertanggungjawab dengan penglibatan Arab Saudi dalam konflik di Yaman.

Negara itu mengetuai pakatan tentera beberapa negara Arab membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak yang menerima sokongan Iran.

No comments

Powered by Blogger.