PENJELASAN BERKENAAN TULAR ISU STATUS HALAL MAKANAN RINGAN JENAMA PRINGLES



PENJELASAN BERKENAAN TULAR ISU STATUS HALAL MAKANAN RINGAN JENAMA PRINGLES

28 SYAABAN 1438 H
24 MEI 2017 M

Tular berkenaan jualan makanan ringan jenama Pringles perasa Smokey Bacon sempena Ramadhan mula disebarkan oleh pengguna di media sosial ini.

Untuk makluman, isu sekitar tahun 2015 tersebut berlaku di salah sebuah pasaraya di Street London, England. Penjelasan dan perincian isu ini boleh diikuti di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuPringlesEngland

Selain itu, JAKIM pernah memberi penjelasan berkenaan isu ini pada 28 Jun 2015 yang lalu:-

http://bit.ly/PenjelasanJAKIM2015

Untuk pengetahuan produk yang menjadi isu tersebut bukan dikilangkan di Malaysia.

Makanan ringan jenama Pringles yang dikilangkan oleh Super Food Technology Sdn Bhd, Johor dan Kellogg Asia Products Sdn Bhd, Negeri Sembilan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Selain itu, perlu diketahui bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap kilang tersebut adalah berbeza mengikut negara.

Untuk mengetahui produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN 3 S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR

No comments

Powered by Blogger.