Isu The Star Biadap



Editor akhbar The Star lahir di Malaysia, membesar di Malaysia dan memiliki warganegara Malaysia. Saya cukup yakin dia sedar bahawa gambar latar belakang di muka depan akhbar yang di bawah jagaannya hari ini dengan tajuk 'Malaysian Terrorist Leader' ialah gambar orang Islam sedang solat berjemaah. Adalah mustahil puluhan tahun dia hidup di Malaysia, dia tak tahu bahawa itu adalah gambar solat berjemaah.

Bila tahu hakikat sebenar tapi masih nak cari pasal juga, itu namanya sengaja nak cucuh api untuk membakar sentimen keagamaan. Kita duduk elok-elok, tiba-tiba dia mari tumbuk kita. Bila kita balas balik dengan penyepak, dia yang menangis nanti. Lepas tu kata kita jahat dan ganas.

Baru saja Nanyang Siang Pau buat hal dengan orang Islam dan akhirnya terpaksa merayu minta maaf, kini The Star pula. Jangan marah bila pandangan umum kata, dua -dua yang buat hal ini akhbar orang Cina!

Saya jumpa dengan seorang Cina di Kota Bharu yang pegang akhbar The Star. Dia sendiri pun marah. "Apa ini punya orang nak cari gaduh! Sorang dua orang Islam jadi pengganas, mana boleh letak gambar orang tengah sembahyang!" Marahnya yang mungkin ditujukan kepada editor akhbar.

Tak ada siapa pun yang waras sengaja nak mengapikan dan memanaskan suhu sentimen perkauman serta keagamaan. Kalau orang tak waras, dia tak layak jadi editor akhbar. Api fitnah jangan dikobarkan. Kelak membakar diri sendiri.

Kita menuntut agar KDN bertindak segera mengikut lunas undang-undang. Walau esok mungkin editor minta maaf, ia tak cukup. Kecuali kalau dia boleh kutip semula setiap naskhah akhbar yang telah terjual dan dia mampu padamkan semua yang telah disebar di alam maya. Fitnah yang telah merata tak mampu selesai dengan hanya permohonan maaf.

Dr Azman Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
28 Mei 2017

No comments

Powered by Blogger.