Selamat Pengantin Baru Tuanku Sultan Selangor



Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Norashikin Abdul Rahman kelmarin.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda selamat diijabkabulkan dengan Norashikin, 45, oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Beliau berkata, majlis pernikahan selamat disempurnakan pagi kelmarin.

"Majlis pernikahan ini diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.


"Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Imam Paduka Tuan Mohd Rasid Mahful; bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Sallehuddin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norashikin yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Sebelum ini beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

No comments

Powered by Blogger.