KENAPAKAH AYAT DOA BERADA DI TENGAH-TENGAH AYAT PUASA?



KENAPAKAH AYAT DOA BERADA DI TENGAH-TENGAH AYAT PUASA?

1-Terdapat lima ayat Al-Quran tentang puasa yang terletak berturutan di dalam satu surah.

2-Kita akan mendapati ayat berkenaan doa terletak di tengah-tengah ayat tentang puasa. Ia adalah ayat keempat dari lima ayat yang dimaksudkan.

3-Sebelumnya terdapat tiga ayat yang berbicara tentang hukum puasa (Al-Baqarah: 183-185) dan selepasnya ayat yang kelima (Al-Baqarah: 187), manakala ayat tentang doa terletak di tengah-tengah (Al-Baqarah: 186).

4-Persoalannya apakah hikmah diletakkan ayat mengenai doa di tengah-tengah ayat-ayat puasa? Apakah kaitan antara puasa dan doa?

5-Puasa adalah persekitaran kehambaan yang bersesuaian untuk berdoa. Orang yang berpuasa mempunyai iman yang tinggi, lantas menghidupkan doanya. Orang yang berpuasa juga hampir dengan Tuhannya, kemudia tunduk dan patuh kepada perintah Allah semasa berpuasa. Mungkin inilah sebab ayat doa berada di tengah-tengah ayat puasa.

6-Antara dua waktu yang terbaik untuk berdoa:
PERTAMA: Waktu sahur iaitu sebelum Subuh di mana orang yang berpuasa akan bangun untuk bersahur. Waktu yang terbaik baginya untuk berdoa adalah SELEPAS SAHUR dan SEBELUM AZAN subuh.

KEDUA: Sebelum berbuka puasa. Waktu yang terbaik untuk berdoa adalah sebelum azan Maghrib iaitu di penghujung puasanya. Salah satu doa yang dimakbulkan oleh Allah adalah doa orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka.

Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa ketika berbuka dan bersahur.

7- Untuk siapakah kita perlu berdoa?
i- Diri sendiri, keluarga dan sanak-saudara.

ii- Orang Islam secara umum semoga mereka dikurniakan jalan keluar, kebaikan, hidayah dan perubahan. Doakan juga kepada para mujahid di Gaza, Baitul Maqdis dan negara umat Islam agar diberikan kemenangan dan kejayaan.

iii- Musuh umat Islam sama ada dalam atau luar negara, serta doakan ke atas orang kafir, zalim, taghut, pembunuh dan pengamal kuku besi.

Ingatlah, doa adalah senjata berbahaya yang berkesan yang boleh memenggal tengkok-tengkok musuh Islam!

- Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

No comments

Powered by Blogger.