PAS Representative Council (PRC) UK Eire telah berjaya mengadakan Majlis Dialog & Ramah Mesra bersama warga Malaysia di Manchester



[Review Program]

Alhamdulillah, pada 24 Oct 2015 bersamaan 11 Muharram 1437H, PAS Representative Council (PRC) UK Eire telah berjaya mengadakan Majlis Dialog & Ramah Mesra bersama warga Malaysia di Manchester. Pimpinan PAS yang dibawakan khas dari Malaysia dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS sendiri, al-Fadhil Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Dato’ Dr Fadzli Hassan (Exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan), dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS). Program ini adalah Program yang julung julung kalinya diadakan oleh PRC pasca Muktamar PAS Kali Ke-61 yang turut menyaksikan PAS kini berada di tahap kekuatannya yang tersendiri. Program semalam berjaya mengundang kira-kira 70 hadirin dari pelbagai latar belakang termasuk mahasiswa, professional & sarjana PhD, yang tidak putus-putus memberikan pandangan & merungkaikan persoalan isu-isu semasa yang diterajui PAS.

Dato’ Tuan Ibrahim dalam dialognya semalam menyentuh isu ketirisan pengurusan hasil Negara dan memberikan contoh Bajet 2016 yang tidak telus dan meletakkan Negara di ambang krisis ekonomi terburuk dalam sejarah. Beliau juga mengulas peranan PAS sebagai Parti yang kini terus maju bagi meruntuhkan sekaligus menggantikan rejim BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak. Antara langkah progresif PAS ketika ini adalah bersama-sama ratusan NGO & individiu-individu negarawan dalam Kongres Rakyat untuk membawa idea-idea baru bagi menyelamatkan Negara daripada kerakusan UMNO BN. Beliau juga menyeru para hadirin untuk memberikan keyakinan kepada PAS untuk memerintah Malaysia dengan mengambil contoh 25 tahun kecemerlangan kepimpinan PAS di negeri Kelantan.

Dato’ Dr Fadzli Hassan turut memberikan keyakinan kepada hadirin betapa PAS di Kelantan selama 25 tahun pemerintahannya berteraskan “Membangun Bersama Islam” tidak pernah walau sekalipun disabit dengan kesalahan rasuah & salah guna kuasa. Kata beliau, kecemerlangan ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana Kerajaan Dunia dan ini telah menjadikan PAS sebuah Parti yang diyakini rakyat Malaysia setelah putus asa dengan kezaliman Kerajaan UMNO BN. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima asih kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya di UK yang secara langsung ataupun tidak, telah turut bersama-sama membantu rakyat Kelantan dalam peristiwa banjir tahun lalu. Beliau turut memberikan penjelasan tentang isu bai’ah yang sebelum ini hangat dimainkan media. Jelas beliau dengan memberikan contoh apa yang berlaku pd ayah beliau sendiri selaku bekas wakil rakyat DUN Kelantan yang telah ditawarkan jutaan ringgit oleh UMNO bagi membolehkan mereka mengambil alih Kerajaan PAS Kelantan. Disebabkan tunjang perjuangan PAS adalah Islam, dan PAS mewajibkan semua wakil rakyatnya berbai’ah, UMNO BN yang sejak dulu sentiasa cuba memberikan rasuah kepada wakil rakyat PAS kini sudah berputus asa. Hasilnya, Kerajaan PAS tetap utuh walaupun kita menyaksikan Wakil Rakyat Parti rakan-rakan Tahalluf PAS sebelum ini spt PKR & DAP Berjaya dipujuk UMNO BN untuk melompat sekaligus menumbangkan Kerajaan PR Negeri Perak pada tahun 2009.

DI Majlis itu juga, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengingatkan hadirin agar tidak termakan dengan isu yang dimainkan media massa termasuk Berita Harian, Utusan, Malaysia Kini & Malaysian Insider. Beliau selaku Setiausaha Politik PAS terpaksa berkali-kali memberikan amaran kepada mereka yag sentiasa mencari ruang untuk mensensasikan berita walaupun membentangkan laporan yang tidak benar. Ujarnya, selain Harakah cetak, kenyataan-kenyataan rasmi pimpinan PAS boleh dirujuk di laman web rasmi www.pas.org.my & portal harakahdaily. Beliau juga menjelaskan usaha PAS kini untuk menyapu bersih semua undi umat Islam di Malaysia yang membentuk 60% demografi rakyat Malaysia hari ini, selain menambah peratusan undi masyarakat bukan Islam yang semakin hari semakin bertambah. Katanya, rakyat kini sudah berputus asa dengan UMNO BN, dan melihat PAS sebagai satu-satunya Parti selain BN yang telah lama memerintah sesebuah Kerajaan Negeri, mampu untuk mengambil alih Kerajaan Malaysia di PRU 14 akan datang.

#BeristiqamahHinggaKemenangan
#MovingForward

No comments

Powered by Blogger.