Guan Eng Sendiri Perlu Jawab Isu Tandatangan Surat Perjanjian Sokong Hudud – Lim Sian See

Facebooker Lim Sian Seemendakwa DAP double standard berkaitan isu hudud yang diperjuangkan salah satu parti kompenan Pakatan Rakyat, PAS.

Menurut facebooker itu terdapat dua tindakan dalam pimpinan DAP yang saling kontradik berkaitan isu hudud tersebut.
Satu pihak, DAP melalui Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memberi amaran kepada PR menggantung PAS daripada gabungan itu kerana menganggap aspirasi parti Islam itu tidak selari dengan polisi PR.

Gobind merujuk terhadap komen Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata bahawa hudud adalah lebih penting daripada menawan Putrajaya.

Kenyataan Mohd Amar yang disiarkan Malaysiakini kata Gobind adalah ‘pengakuan jelas’ daripada pihak PAS bahawa parti itu tidak serius memainkan peranannya dalam Pakatan untuk memenangi sokongan menawan Putrajaya, sebaliknya hanya menggunakan Pakatan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud walaupun DAP dan PKR tidak bersetuju.

Manakala satu pihak lagi, DAP melalui Setiausaha Agung, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan polisi PAS menubuhkan Negara Islam.

“Tetapi tidakkah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian dengan Hadi Awang dan bersetuju bahawa PAS boleh berjuang untuk menubuhkan sebuah Negara Islam (termasuk Hudud)?

“Berikut adalah surat perjanjian bersama bertarikh Apr 2013 ditandatangani oleh Guan Eng. Sila minta Guan Eng sekali lagi memastikan bahawa beliau memang menandatangani surat ini – beliau sudah mengesahkannya sekali, tetapi anda boleh meminta beliau untuk mengesahkannya semula,”kata Lim Sian See.

Menurut Lim Sian See, berkemungkinan besar surat perjanjian bersama di antara DAP dan PAS itu adalah benar kerana perkara itu pernah dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua pada April 2014.
“Pada akhir April (2014), Naib Presiden PKR, Tian Chua pernah kata Guan Eng bersetuju dengan hudud oleh PAS. Tetapi Guan Eng menafikan dan melabel Tian Chua sebagai pendusta. (baca lanjut di sini)
“Beberapa hari kemudian, Presiden PAS, Hadi Awang berkata Guan Eng telah bersetuju dengan hudud oleh PAS. Tetapi Guan Eng menafikan dan meminta Hadi Awang menunjukkan bukti. (baca lanjut di sini)

“Kemudian selepas salinan surat yang ditandatangani bersama-telah diedarkan kepada media, Guan Eng tidak mempunyai pilihan dan mengakui (bahawa) surat itu sahih tetapi spin dengan berkata bahawa perjanjian itu adalah “tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan”
Ketika menjawab asakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, Guan Eng dalam kenyataannya kepada themalaymailonline.com akhirnya mengakui bahawa beliau bersama Hadi menandatangani surat perjanjian tersebut.
“Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh kedua pihak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diri saya sendiri, mengapa Teng tidak menyebut bahawa perjuangan masing-masing dan kerjasama adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan?, ” kenyataan Guan Eng dipetik.

Isu surat perjanjian bersama itu mula dibangkitkan semula oleh facebook pro ulama, El Haraki pada 16 Dis lalu yang mengesahkan bahawa DAP bersetuju dengan hasrat PAS melaksanakan hudud.
“Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan kepada dasar bersama atau Manifesto Pakatan Rakyat yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuangan Adil Untuk Semua mengikut Perlembagaan Malaysia oleh DAP.

“PAS berhak memperjuangkan akidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berpelembagaan Berpalimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam..,”kenyataan perjanjian itu dipetik.
Persetujuan DAP membenarkan PAS memperjuangkan konsep Negara Islam membawa implikasi bahawa DAP bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud.

No comments

Powered by Blogger.