Perkembangan terkini #pray4gaza




Perkembangan terkini (90):

1. Menurut laporan SAFA [08:22 pagi I Malaysia], Briged Syahid Izzuddin Al-Qassam sayap tentera Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) pada awal jam pagi Ahad telah menggagalkan misi skuad amfibia komando tentera laut Israel di pesisir pantai As-Sudaniah, barat laut Gaza.

Kata saksi, skuad khas Al-Qassam bertempur dalam jarak yang dekat dengan skuad amfibia Israel yang cuba menyelinap masuk di As-Sudaniah, lalu skuad itu telah terperangkap dalam serangan hendap.

Pertempuran yang berlaku teramat sengit menggunakan senjata ringan dan sederhana.

Turut serta, pesawat tempur dan helikopter Apache malah bot-bot laju tentera laut zionis menyasarkan lokasi berkenaan yang diyakini wujud pejuang-pejuang Al-Qassam.

Berbelas-belas peluru misil dan mortar dilepaskan oleh pasukan tentera zionis yang beranggapan lokasi berkenaan berdekatan dengan kawasan larangan antara sempadan Semenanjung Gaza di sebelah utara dengan rejim zionis.

Tidak lama seleas kejadian, tentera zionis mengumumkan 4 komando lautnya mengalami kecederaan di pesisir laut Gaza selepas bertempur dengan kumpulan bersenjata Palestin.

"Komando Israel berusaha untuk memusnahkan tapak pelancar roket jarak jauh yang dijadikan tempat melancarkan serangan roket ke Tel-Aviv pada jam 9 malam semalam," kata tentera Israel.

Berita tersebut turut disiarkan oleh akhbar HAARETZ [08:50 pagi I Malaysia] mengenai 4 anggota skuad komando elit Shayetet 13 yang cedera ketika berusaha untuk memusnahkan tapak pelancar roket jarak jauh.

No comments

Powered by Blogger.