#MH17 sah ditembak

Washington: Presiden Barack Obama mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari kawasan bawah kawalan pemberontak pro-Russia di Ukraine.

Katanya, ini bukan kali pertama pemberontak menembak jatuh pesawat di kawasan itu.

“Kejadian ini adalah satu tragedi global. Pesawat Asia dimusnahkan di ruang udara Eropah dengan penumpang yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara.

“Satu siasatan antarabangsa yang kredible perlu diadakan untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, bukti temasuk imej satelit menunjukkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu SA-11 dari timur Ukraine.

Katanya, tiga peristiwa berkaitan dikesan iaitu apabila peluru berpandu itu dilancar, waktu ia terkena pesawat dan apabila pesawat terhempas.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.

Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat, 6.10 pagi (waktu Malaysia). - AP

No comments

Powered by Blogger.