Ulasan Seminar Kanun Jenayah Syariah (II) 1993



Asri Ed-Diwanie

Seminar kanun jenayah syariah (II) 1993 di Putik tadi dibawah anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat antara lain meresolusikan perkara penting berikut:

1.Kanun jenayah syariah ini adalah tuntutan Allah yang bukan agenda politik parti. Ianya sudah termaktub lama dalam perlembagaan Allah. Hanya orang yang beriman sahaja yang akan laksana. Perlu disanggah sebarang idea bahawa hudud adalah perkara politik PAS.

2.Kelantan sudah lama bersedia dan telah mengkondusifkan suasana walaupun tidak sepenuhnya namun perundangan Allah wajib ditegakkan. Pertumbuhan ekonomi dan semua rakyat kena faham dahulu hudud bukan KPI sebenar bahkan tidak perlusama sekali dijadikan sebagai asbab terbantut hudud.

3.Sebarang bentuk kekeliruan fikrah dalam memahami hudud wajib dielakkan. Oleh itu hanya penerangan yang harmoni dan bersifat dakwah sahaja perlu diselaraskan adapun yang berbentuk mencari khilaf dan melambatkan pelaksanaan hudud mesti ditolak. Isu sekarang adalah laksanakan dahulu dan bukan perbincangan bagaimana ingin jalankan hukuman.

4.Usaha yang berlipatganda perlu dipertingkat bagi menjayakan pelaksanaan hudud pada tahun 2015 dan jika jawatankuasa teknikal kebangsaan tidak mahu bertanggungjawab serta melambatkan usaha ini maka tanpa teragak agak Kelantan teruskan usaha ini bersendirian.

5.Dialog dan penerangan kepada orang bukan islam secara harmoni juga perlu diatur secara hikmah dan aspek penekanan penting ialah bagaimana islam dapat menyelesaikan kes jenayah melalui kiasan dan permisalan yang mudah difahami.

6.Perlu diperbanyakkan ijtihad jamaie dan diselaraskan pandangan para ulamak dalam taqnin hudud mengikut kesesuaian zaman khususnya dalam penetapan hukum agar masyarakat tidak mengalami kejutan dan salah faham.

No comments

Powered by Blogger.