Kisah Pemandu Peribadi T.Ibrahim T.Man



Mohamad Ridhauddin

Tahun 2004, saya berbual panjang dengan pemandu kepada Adun Jengka (ketika itu), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (DTITM).

Antaranya beliau meluahkan kekesalan beliau terhadap sikap dan akhlak abna' harakah. Antaranya, ada yang mengata DTITM mula mengumpul duit bila menjadi ADUN. Dia sudah mula ada pemandu sendiri dan kereta dinaiktaraf kepada Toyota Camry.

Beliau mengeluh panjang. Betapa unsur berlapang dada dan tabayyun semakin menipis dari kalangan ahli PAS.

Mereka langsung tidak tahu bahawasanya beliau menjadi pemandu DTITM TANPA gaji atau elaun. Beliau menubuhkan tadika di kawasannya dan diamanahkan kepada isterinya untuk menguruskan sebagai rezeki bulanan mereka.

Kereta Camry dinaiktaraf kerana kereta lama sudah rosak. Oleh kerana jemputan ceramah DTITM dari Perlis ke Johor, wajar sangatlah beliau memiliki kereta tersebut.

Bahkan menurut beliau, ada beberapa tempat yang tidak memberikan saguhati ceramah; atas nama perjuangan. Padahal jarak perjalanan mereka ke tempat ceramah melebihi 400km.

"Insyaallah, ada rezekinya nanti. Sabarlah" kata-kata DTITM yang menjadi pengubat hati beliau setiap kali perkara tersebut berbangkit.

Kini, isu tersebut berbangkit lagi. Tetapi pada pimpinan lain pula.

Aduhai abna' harakah,
Kenapa membiarkan hati membusuk di dalam bekas tertutup,
Andai terbuka, baunya setahun pelayaran.

Andaipun benar,
Sesekali bukalah bekas itu agar hati disiram embun pagi,
Sekurang-kurangnya, tiada makhluk dizalimi.

Usah bertanam tebu di mulut, bertanam peria di hati,
Kerana air yang keruh tidak datang dari telaga yang jernih.

Bismillah.

No comments

Powered by Blogger.