Indonesia haram laman web lucah

Jakarta: Indonesia mengarahkan pengharaman laman web perkongsian video popular Vimeo, selepas mendakwa ia menjadi hos kepada kandungan lucah, sekali gus mencetuskan kemarahan media sosial semalam.

Kementerian komunikasi mengumumkan bahawa laman yang berpangkalan di Amerika itu akan disekat berikutan penemuan di laman Vimeo dengan nama seperti Seni berbogel dan Nudie Cutie, yang memaparkan wanita bogel atau hampir tidak berpakaian.

Kami baru-baru ini menerima laporan daripada orang awam mengenai laman web yang membawa kandungan negatif dan lucah .

Salah satu daripada mereka adalah laman Vimeo.com, kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan lewat kelmarin. AFP

No comments

Powered by Blogger.