Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar Pesuruhjaya PAS untuk berita puji BN



Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MEI: Akhar Berita Harian tidak mengamalkan amalan kewartawanan beretika dan profesional apabila menggunakan gambar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipotong di bahagian kepala dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan Bantu Lima Beradik’ yang disiarkan, semalam.

Razman yang turut menyedari gambar beliau digunakan akhbar itu, mengesahkan gambar beliau itu diambil sehari selepas hari ibu dan bapa lima kanak-kanak yang terlibat dalam satu kemalangan maut dikebumikan baru-baru ini.

“Sebenarnya gambar itu diambil sehari selepas hari pengkebumian arwah ibu dan bapa mereka. Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan.

“Memang dah rutin kami menziarahi mana-mana pihak yang ditimpa malang seperti kejadian ribut yang merosakkan 12 rumah di Ipoh Timur baru-baru ini dan mana-mana kejadian malang seumpama yang menimpa anak-anak ini.

“Pada kami dah jadi kebiasaan akhbar arus perdana tidak sesekali memberi ruang kepada kami tetapi gambar kami pula digunakan. Apalah salahnya kalau siarkan gambar penuh sekalipun, bukan orang kenal saya pun,” kata Razman ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Razman memberitahu, selain beliau turut sama dalam lawatan tersebut, Ketua Cawangan PAS Kampung Changkat Sulaiman, wakil Lajnah Kebajikkan dan Kemasyarakatan Perak dan beberapa yang lain.

Dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan bantu lima beradik’ di Berita Harian hari ini, gambar Razman dan rombongan beliau dipotong dengan kaedah ‘croping’ di bahagian kepalanya dengan memaparkan laporan positif untuk Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, satu kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur Sabtu lalu meragut nyawa Allahyarham Jefri Mohd Zain, 46 dan Noorsalawati Ibrahim, 40 yang juga merupakan pasangan ibu dan bapa lima kanak-kanak terbabit.

EZY

No comments

Powered by Blogger.