Ahmad Said kembali sertai UMNO, kesal kemelut yang berlaku

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

Beliau mengetuai 14 ADUN ketika sidang akhbar berkenaan.

1 comment

kampong lad said...

umno akan buat dia 'belemueh' kalau tak patah balik. timbalan perdana menteri pun depa boleh buat, setakat menteri besaq, kacang la!

Powered by Blogger.