Taib Mahmud sah letak jawatan Ketua Menteri Sarawak

Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sah meletak jawatan dan bakal mengumumkan penggantinya dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.

Bagaimanapun dalam mesyuarat hampir lima jam itu, MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib.

No comments

Powered by Blogger.