PAS kecam provokasi melampau

PAS kesal dengan tindakan provokasi perkauman melampau akhir- akhir ini. Tindakan melampau ini bukan sahaja boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara bahkan ia akan mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap Islam.

Tindakan menyembelih ayam untuk upacara yang bertentangan dengan akidah Islam tidak seharusnya dibiarkan seolah - ianya selaras dengan kehendak syarak.

PAS mengesahkan agar semua pihak bertindak mengikut lunas perundangan dan membawa sebarang isu yang dianggap melampau kepada pihak berkuasa.

Lebih sedih, apabila tindakan menggalakan orang menampar dengan habuan wang itu disasarkan terhadap seorang wanita.

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa Kok, anjurlah debat dengan beliau sambil menonton video beliau dan tunjukkan di mana yang dituduh sebagai menghina semasa debat. Jangan pula memberi alasan tiada masa.

Berhujahlah menggunakan lidah dan akal dan bukannya melakukan tindakan tidak bertamadun.

Cukuplah bermain isu agama dan bangsa tatkala nilai wang Ringgit, yang jatuh ke paras terendah RM2.624 berbanding mata wang Singapura dan ekonomi negara semakin malap.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
7 Februari 2014

No comments

Powered by Blogger.