JANGAN HANYA KERAJAAN NEGERI, KITA JUGA PERLU BERUBAH

Mohammad Agus Yusoff

JANGAN HANYA KERAJAAN NEGERI, KITA JUGA PERLU BERUBAH

Kadang-kadang saya hairan melihat gelagat kawan-kawan memberi reaksi kepada posting saya pada Ahad lepas. Posting saya mudah sahaja: (i) Saya menyatakan saya memahami tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri kepada senarai tuntutan yang saya berikan kepada kerajaan negeri pada tahun lepas; (ii) Saya mendapat kerjasama yang baik dari kerajaan negeri kepada setiap pertanyaan yang saya ajukan dan saya berpuas hati; (iii) Saya nyatakan kerajaan negeri juga perlu memberi jawapan yang sama kepada rakyat supaya rakyat memahami tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri; (iv) Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri meningkatkan pengurusan media dan maklumat supaya jurang komunikasi dengan rakyat dapat dirapatkan.

Selain itu, saya angkatkan aduan guru YIK tentang masalah yang mereka hadapi. Saya katakan juga saya telah mendapat penjelasan daripada pihak berwajib dan saya berpuas hati. Maka, sekarang ini jika guru YIK masih tidak berpuas hati, tampillah memberi komen di wall saya ini. Nanti, saya akan angkatkan lagi kes ini ke pengetahuan MB dan TMB. Tapi semuanya tidak berani, sebaliknya meng'inbox'kan saya dengan pelbagai lagi aduan tentang YIK. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menulis hal ini di wall saya kerana guru-guru YIK apabila saya minta mereka menyatakan pengalaman masing-masing, ramai yang tidak berani.

Apabila saya membuat posting yang sedemikian, reaksi kawan-kawan pelbagai. Ada yang marah kerana saya hanya mengkritik kerajaan negeri, ada yang kata saya takut kepada kerajaan pusat dan pelbagai lagi andaian. Ada pula yang kata saya jadi penasihat kerajaan negeri dengan elaun RM7k sebulan. Ada yang kata saya mengugut kerajaan negeri untuk mengaut keuntungan. Tidak mengapalah!

Yang men'apakan' saya ialah lain yang saya posting, lain yang kawan-kawan faham. Mengapa sampai begitu sekali terpesong fahamannya? Apakah kerana ketaksuban pada parti atau buta untuk melihat realiti? Saya tidak faham.

Yang saya faham ialah membuat fitnah itu salah. Dalam kita mencari kebenaran, sucikan perjuangan dengan mengelakkan fitnah. In Sha Allah, hidup kita selamat dunia akhirat.

Rakan-rakan, salam perjuangan.

No comments

Powered by Blogger.