PANAS! Kerajaan BN Guna Duit Rakyat Bayar Artis K-POP? RM 16000000 Lebur!

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/s720x720/1378589_690858124257594_1081275501_n.jpg

Laporan Audit Negera 2012 mengenai perbelanjaan Hari Belia Negara yang tidak dibuat secara berkhemat. Bagaimanapun pada Jun 2012 yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyatakan bahawa tiada penggunaan wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop.


KBS Tidak Guna Wang Kerajaan Bayar Persembahan K-Pop

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

Mohid berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First.

"Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000," katanya. BERNAMA

1 comment

GEBU said...

Kerajaan HARAMJADAH semestinya melaksanakan kerja2 HARAMJADAH.

Powered by Blogger.