Kerajaan Kelantan Akan Kemukakan Saman Terhadap Berita Harian



Merujuk kepada laporan Berita Harian semalam Selasa 22 Oktober 2013. Saya amat berdukacita di atas cara pemberitaan yang dibuat yang secara jelas menyebut bahawa kerajaan telah meluluskan 1400 hektar tanah di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat, Machang. Saya berpandangan laporan itu tidak benar dan boleh menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri di bawah pimpinan saya.

Perkara ini telah dibangkitkan dalam Perbahasan Bajet Sidang DUN baru-baru ini dan saya telah menafikan adanya sebarang kelulusan tersebut semasa Penggulungan Perbahasan dalam sidang DUN tersebut. Saya hairan bagaimana Berita Harian masih boleh membuat laporan sebegitu.

Dengan ini saya menyambil keputusan untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut. Saya akan mengarahkan peguam saya dalam masa terdekat ini untuk mengambil tindakan tersebut. Tindakan ini diambil bertujuan untuk menjaga kredibiliti kerajaan dan pimpinan kerajaan negeri Kelantan.

YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob.

1 comment

Air Mata Buaya said...

apa kata anda

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8029

Powered by Blogger.