Menteri Pelancongan pilih ‘samseng’ jadi pegawai khas

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Walaupun ramai graduan universiti masih menganggur di negara ini, namun pemimpin Umno lebih percaya kepada ‘samseng’ dilantik menjadi pegawai khas Kementerian Pelancongan & Kebudayaan.

“Pegawai khas satu jawatan yang cukup penting kerana antara tugasnya berurusan dan menyelami kehendak rakyat terutama golongan miskin, kata ahli parlimen Padang Serai, N Surendran.

“Banyak anak muda berkelulusan tinggi dan berakhlak baik, Nedim juga yang dipilih Nazri sebagai pegawai. Apa kelayakan Nedim?

“Kita persoalkan kerana Nedim sebenarnya tidak layak dan memiliki perangai buruk sebagaimana pendedahan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.

Pada 20 Mac 2012, Nedim bersama pengawal peribadinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) membelasah seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara.

Nedim kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan dipenjara enam bulan jika sabit kesalahan.

Nedim yang juga dikaitkan dengan kematian pemuda bernama Darren Kang selepas berlaku pergaduhan di Restoran Uncle Don, Sri Hartamas pada 2004.

Kes itu ditutup Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dengan alasan ia diselesaikan ‘secara baik’ pada 18 Oktober 2012

1 comment

revolusi said...

Aku pelik dengan orang2 yang konon2nya pakar politik kat Malaysia ni, tak kira baik BN atau PKR. Kutuk2 boleh tahan, mana hujung?
Blog dan web bukan main belambak- masing2 mengutuk aje memanjang, konon parti yang ni buruk, parti yang tu bagus, cuba tengok apa yang sedang berlaku di sekitar, perasan tak yang BERLAMBAK WAKIL RAKYAT - baik dari BN atau PKR tak jengok pun kesusahan rakyat, lepas menang PRU?
Rakyat masih terus kena bodoh. Tak kira mana2 tempat, SELURUH MALAYSIA!
Nak tahu kenapa aku berani tulis begini? Cuba tengok video youtube ku 'Kepada Wakil Rakyat' dan blog 'Hakikat Politik Di Malaysia'. Hayati dulu, sedalam-dalamnya apa yang disampaikan kat situ, baru kau orang tahu HALA TUJU YANG SEPATUTNYA dalam 'perjuangan' engkau orang.

Powered by Blogger.