Gambar Tumpahan Minyak Diesel

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dieselmasuksungai/xpix_gal1.pagespeed.ic.TWG_Qzk2ci.jpg
Diesel masuk sungai

Oleh Hadzlan Hassan dan Siti Suraya Md Tap

Batang Berjuntai: Sebahagian besar penggunaan membabitkan lebih sejuta warga kota bakal mengalami gangguan bekalan air apabila tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan untuk tempoh masa yang belum diketahui.

Gangguan berlaku ekoran tumpahan diesel yang dipercayai dari sebuah kawasan perusahaan yang beroperasi di Rawang, di sini, semalam.

Tumpahan berkenaan menyebabkan empat muka sauk loji di Sungai Selangor terpaksa ditutup sejak jam 8 pagi semalam, diikuti penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rantau Panjang.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata, berikutan penutupan itu, bekalan air ke tujuh wilayah pengagihan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dijangka terjejas secara berperingkat.

Menurutnya, keempat-empat loji rawatan air itu membabitkan pengeluaran bekalan air terawat sebanyak 2,670 juta liter sehari (JLH) atau 57% peratus bekalan untuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


No comments

Powered by Blogger.