Video: Adam AF2 Beri Tazkirah Kepada Peserta Kem Ibadah



Kali terakhir di’sentuh tentang perjalanan beliau dalam mendalami agama Islam, Adam AF2 menjawab yang beliau enggan menganggap fasa beliau kini sebagai satu hijrah kerana makna hijrah cukup besar.

“Memang sekarang ini saya sedang mendalami ilmu agama kerana ia adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim. Kewajiban saya pada agama,” memetik kata kata Adam AF2 beberapa bulan yang lalu.

Hari ini, seorang peminat hiburan di forum Cari berkongsikan sebuah video yang menunjukkan Adam AF2 sedang memberikan tazkirah yang penuh pengisian kepada para peserta Kem Ibadah Muthmainnah.

Adam AF2 menyentuh beberapa aspek penting dalam diri seorang pelajar terutamanya niat & hati yang ikhlas dalam menentukan hala tuju hidup. Tonton tazkirah Adam AF2 dalam video berdurasi 24 minit di’atas.

No comments

Powered by Blogger.