Terkini! Selepas Amanat Hadi Sekarang Timbul Amanat Hassan Ali

Hasan Ali dakwa menyokong pendirian Anwar hukumnya syirik


BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.

Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.

"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN

No comments

Powered by Blogger.