Bekas jurusolek Amy Mastura ditemui mati terikat

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Bekas jurusolek kepada artis terkenal tanah air ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat dengan tali langsir dalam bilik rumahnya di Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh di sini malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, berusia lingkungan 50-an dipercayai mati akibat dijerut dan mayat mangsa ditemui abangnya yang datang ke rumah sewa itu pukul 8 malam tadi setelah dia gagal di hubungi.

Dicky pernah menjadi jurusolek kepada penyanyi dan pelakon Amy Mastura serta Liza Hanim.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangan dan kakinya diikat dengan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.

“Ketika ditemui mangsa memakai baju T dan berseluar pendek. Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan jerut pada leher mangsa dan kakinya turut berdarah," katanya.

No comments

Powered by Blogger.