Nik Aziz: Pas sanggup dikatakan menang kerana DAP



http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.50782.1347146096!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.

"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS 'bersekongkol' dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.

Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup PAS mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP.

Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - Bernama

1 comment

sizzly7761 said...

Aku pun hairan,bila pula DAP menjadi pemimpin dalam memperjuangkan Islam.Pakatan dengan DAP hanyalah strategi dan pendekatan untuk mengambilalih kuasa pentadbiran dari UMNO BN yang korup! Malanglah kalau ahli seumur hidup PAS ini tidak memahami 'taktikal' dalam siasah untuk mendapat kuasa. Lebih hairan bila UMNO yang bersekongkol(utk pertahankan kuasa) dengan MCA yang selalu mencampuri ehwal Islam tidak pula di tegur! Mungkin bisikan syaitan yang di kenali telah mula meresap dalam fikiran segelintir ahli PAS yang rasa terpinggir? Atau mereka ini tiada 'ruh' Islam yang kental sehingga dengan mudah menyerap 'adu domba'ablasa! Tepuk dada tanyalah hati....Sekian lama PAS berjuang sendirian dan kini mula diterima oleh bukan Islam spt DAP, maka amat tidak cerdik bagi seorang SN mula merasa takut kalau kalau bukan Islam mula mengendali perjuangan PAS! Agak-agak la weiii........SN!

Powered by Blogger.