Berita Lawak Dari Mat Noor Deris


PAS elok dibubar elak umat Islam berpecah

Kota Bharu: Bagi menyelamat umat Islam daripada berpecah belah, PAS perlu dibubarkan supaya penyatuan umat Islam dapat diperkasakan.

Pengerusi Biro dan Agama Ulama Majlis Veteran Negeri Kelantan, Mohd Noor Deris, berkata pembubaran parti itu perlu kerana ia kini sudah menyimpang daripada dasarnya sehingga membawa perpecahan kepada umat Islam.
“Kita tidak mahu negara ini jadi seperti negara Islam lain seperti Palestin, Mesir dan Iraq yang mana mereka berperang sesama sendiri kerana perbezaan parti politik,” katanya.

Kita tidak mahu negara ini jadi seperti negara Islam lain seperti Palestin, Mesir dan Iraq yang mana mereka berperang sesama sendiri," Mohd Noor Deris, Pengerusi Biro dan Agama Ulama Majlis Veteran Negeri Kelantan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah turut bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana faktor umur dan kepemimpinan Nik Aziz yang dilihat boleh membawa kemudaratan kepada umat Islam.

Pentadbiran Nik Aziz tak stabil

“Nik Aziz terlalu lama mentadbir, kepemimpinan serta pandangannya nampak sudah tidak stabil dan seperti orang nyanyuk kerana rasa keputusan dia seorang yang betul.
“Kalau dia nak teruskan dengan keputusannya untuk memimpin, keadaan akan menjadi semakin buruk dan umat Islam akan berpecah,” katanya.

3 comments

rick said...

PAS di serang Oleh UMNO-awas Ini semua helah untukmemburukan dan lemahkan PAS sebab sekarang ramai orang melayu sokong PAS bukan UMNO

anak selangor said...

Sorang lagi spesis bangang....Umngok. Kenapa tak suruh UMNGOK dibubarkan... Orang kata bodoh piang marah tp tulah akap Umngok..

sizzly7761 said...

Sudahlah Mat Nor Deris! Patutnya ngko dan Dollah Saamah tu patut bubar. Jenis ustad terompah kayu dan ustad 'juling'.Dapat pitih tubek patwa, takdok pitih pun tubek patwa....UMNO hok sekular dan kamceng dengan MCA tak nampak salah. MCA kata 'Say No To Hudud' pun senyap sepi sedu!terkancing gigi ko guano sapa tak berani tegur UMNO dan MCA yang dok pecahbelahkan rakyat.....ustad ko gapo kalu lagu ni?

Powered by Blogger.