Kenyataan Media: Perletakan jawatan Joshua Trevino dari akhbar the Guardian dan taktik kewartawanan kotor yang ditaja BN


Perletakan jawatan Joshua Trevino, penulis the Guardian di Amerika yang penuh kontroversi telah menimbulkan semula isu obsesi pentadbiran BN bagi membayar konsultan bagi membina imej mereka di luar negara. Trevino dipaksa meletak jawatan apabila beliau didedahkan sebagai konsultan kepada FBC Media ketika beliau menulis sebuah artikel yang memuji imej ‘Muslim sederhana’ Datuk Seri Najib Razak’s.

Malah tahun lepas Najib mengaku di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 dan 2010. Meskipun Najib cuba menjauhkan dirinya daripada taktik kewartawanan kotor FBC yang ‘mengatur berita’ apabila menerima upah daripada Kerajaan Malaysia, kedua-dua rangkaian media antarabangsa BBC dan CNBC menamatkan kontrak mereka dengan FBC Media memandangkan pelanggaran etika kewartawanan.

Selain daripada pentadbiran Najib, pelanggan lain FBC Media termasuklah rejim Hosni Mubarak sebelum kejatuhannya di Mesir dan kerajaan diktator Kazakhstan. Ketu Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud turut melantik FBC Meda untuk memulihkan imejnya yang telah tercemar dengan rasuah dan salahlaku alam sekitar.

Ironis sekali ketika mana pimpinan UMNO-BN menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam dan pro-Zionis di Malaysia, mereka melantik konsultan-konsultan yang dikenali kerana pandangan anti-Islam dan pro-Zionis yang ekstrim bagi menaikkan imej mereka di luar negara. Perlantikan Trevino oleh the Guardian telah dikecam oleh ramai aktivis Palestin memandangkan beliau pernah secara terbuka menghasut tentera Israel untuk membunuh aktivis flotilla Gaza.

FBC turut menyerang Ikhwanul Muslimun di dalam laporan mereka untuk BBC dan cuba mengaitkan Anwar dengan Ikhwan bagi menggambarkan Anwar sebagai ekstrimis Islam kepada media Barat.

FBC juga telah membayar AS$70,000 kepada APCO Wordlwide untuk melobi Kerajaan Amerika bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Pada masa yang sama, insiden mengatur berita ini membolehkan media UMNO-BN di Malaysia untuk melaporkan bahan-bahan tersebut sebagai berita yang kononnya datang daripada sumber media yang berwibawa di luar negara.

Baru-baru ini Najib mengatakan pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang diberikan kepada pentadbirannya sebagai tanda pencapaian BN. Kontroversi FBC ini walaubagaimanapun membuktikan bahawa pengiktirafan ini sebenarnya ‘dibeli’ menggunakan wang rakyat. Sikap hipokrit untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara tetapi boneka Zionis di Malaysia mendedahkan taktik cetek dan terdesak UMNO-BN.

Pada masa yang sama, skandal ini membuktikan bahawa pentadbiran hari ini menumpukan perhatian untuk mendapat pengiktirafan tidak bermakna dari luar bagi menutup kegagalan mereka menyelesaikan masalah di dalam negara. Jelas sekali pentadbiran Najib tidak mempunyai keutamaan yang sewajarnya dan hanya mampu menumpukan masa mereka terhadap fitnah dan penipuan, bukannya perubahan dasar.

Jika Najib benar-benar serius terhadap transformasinya dan imej progresif yang telah dibina oleh konsultan-konsultannya di luar negara, beliau seharusnya berterus-terang kepada rakyat Malaysia tentang peranan pentadbirannya di dalam skandal mengatur berita yang telah memburukkan imej negara.

No comments

Powered by Blogger.