Pakatan Rakyat ucap tahniah untuk Parti Pembebasan dan Keadilan Mesir

KUALA LUMPUR 21 JUN: Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah atas kejayaan Pengerusi Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi dengan undi melebihi 50 peratus di dalam Pilihanraya Presiden Mesir.

Pakatan Rakyat juga menyeru kerajaan Malaysia, Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir (SCAF) dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhan untuk menghormati keputusan majoriti rakyat Mesir.

Kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dan juga Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad ini menyebut bahawa kejayaan tersebut dicapai hasil sokongan majoriti rakyat Mesir dan sokongan menyeluruh daripada kumpulan konservatif dan sekular atas nama demokrasi.

Dokongan dan undi majoriti yang masih diraih Dr. Morsi membuktikan iltizam warga Mesir untuk memilih kerajaan demokratik, bukannya sebarang regim yang masih berada di dalam genggaman ketenteraan.

Pakatan Rakyat melihat kejayaan Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP) telah melakar rangka perlembagaan baru bagi Negara tersebut dan mengambil kembali hak-hak yang termaktub dalam mana-mana Negara demokrasi.

Pilihanraya presiden Mesir telah berlangsung pada 16 dan 17 Jun dan menyaksikan Dr. Morsi Pengerusi FJP yang diasaskan kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin mendahului lawannya Ahmed Shafik dengan 51.8% undi. Ini adalah pilihanraya presiden pertama republik itu pasca Revolusi Mesir 2011. – Roketkini

No comments

Powered by Blogger.