Kenyataan Terkini TG Nik Aziz Di Atas Kejayaan Ikhwan Muslimin Mesir

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamad Morsi yang secara tidak rasmi baru sahaja memenangi pilihanraya presiden di Mesir, semoga keputusan ini kekal dan diisytiharkan sebagai keputusan rasmi nanti. Semoga masa depan rakyat Mesir lebih terjamin dengan kemenangan calon dari gerakan Islam Insya-Allah, sama-sama kita doakan.

Saya juga merasakan amatlah tepat sekiranya ulama-ulama Mesir yang datang ke Malaysia dalam Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin untuk mengajak rakyat Mesir mentaati Dr Mohamad Morsi apabila diisytiharkan sebagai Presiden Mesir kelak, Insya-Allah.

No comments

Powered by Blogger.