Gambar: Demi PAS, Hairie Othman Lupakan Lakonan

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/544970_10150911721277312_684425937_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/599392_10150911637032312_1048065164_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/557105_275033005937383_1565525824_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/557665_241052629344992_1260504547_n.jpg

Hero filem 'Leftenan Adnan', Hairie Othman, mengakui yang dia kini sudah meninggalkan dunia lakonan semenjak menyertai parti politik pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, PAS. Jelas Hairie, kali terakhir dia terlibat dengan pengambaran drama ialah pada Januari lalu iaitu untuk drama Waris yang kini sedang ditayangkan di TV3.

"Selepas ramai yang tahu tentang penyertaan saya di dalam PAS, saya langsung tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Tapi saya tidak kisah kerana sekarang ini saya sibuk dengan aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh PAS. Malah, saya juga tidak rasa menyesal atau terkilan meninggalkan kerjaya lakonan yang sudah 20 tahun saya ceburi. Sudah sampai masanya saya berubah. saya mahu menjadi insan yang lebih baik. Ini adalah perjuangan saya," ujar Hairie yang ditemui selepas majlis forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor Atau Kerana Prinsip, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada Khamis.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 41 tahun ini juga mengakui pendapatannya sebagai penceramah PAS tidaklah semewah bayaran yang diterima sebagai pelakon. Namun, perkara itu tidak menjadi halangan kepadanya yakin rezekinya berada di tangan Allah bukan daripada pihak lain.

"Waktu mula-mula hendak sertai PAS, memang ramai kawan-kawan yang ingatkan bahawa keputusan saya itu mungkin membuatkan saya berhadapan dengan masalah tiada tawaran kerja. Tapi saya percaya rezeki itu di tangan Allah. Memang sekarang saya sudah tidak berlakon, tetapi saya dapat peluang lain iaitu berceramah. Alhamdulillah, program ceramah saya sudah penuh sehingga bulan Ramadhan ini. Kalau tidak, susah juga saya hendak sara kehidupan sekeluarga" ujar Hairie lagi.

Sementara itu, lelaki ini turut menbidas pendapat sesetengah pihak yang mengatakan golongan artis ini dipergunakan untuk meraih sokongan masyarakat kepada sesebuah parti politik. Bagaimanapun tidak menyangkalkan kehadiran artis dalam sesebuah ceramah atu program politik boleh menarik kehadiran masyarakat lebih ramai.

"Saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan golongan artis dipergunakan. Ini kerana kalau dipergunakan ia bermakna seseorang artis itu tidak bersetuju atau dipaksa untuk menyertai sesebuah parti. Tetapi kalau dia lakukan secara sukarela, bukanlah dipergunakan. Macam saya sendiri, saya rela PAS menggunakan khidmat saya untuk menarik lebih ramai pengundi atau untuk tujuan berkempen," ujar Hairie.

Turut hadir dalam forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau nama penanya, Budi Hekayat serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi.

No comments

Powered by Blogger.