DAP memberi ruang yang luas dan tempat untuk Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan serta boleh menerima perbezaan pendapat



Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Selasa, 15hb Mei 2012:

DAP memberi ruang yang luas dan tempat untuk Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan serta boleh menerima perbezaan pendapat

Apabila mengumumkan perletakan jawatannya daripada DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah menyatakan "perbezaan pendapat" sebagai sebab, atas perselisihan dengan pendirian rasmi DAP untuk menyokong Bersih 3.0 dan menyertai protes "duduk-bantah" di Dataran Merdeka untuk menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil. DAP memberi ruang yang luas dan tempat untuk Tunku Abdul Aziz untuk kekal sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan serta boleh menerima perbezaan pendapat dengan DAP atas usaha Bersih untuk membuat protes "duduk-bantah" di Dataran Merdeka untuk menuntut pilihan raya bersih.

Mengikut laporan Malaysiakini, Tunku Abdul Aziz telah menyatakan bahawa akibat perselisihan pendapat secara terbuka dengan DAP, beliau sendiri tindak ingin dicalonkan semula sebagai senator Pulau Pinang selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 Mei 2012, dan juga menyatakan bahawa beliau tidak diberhentikan daripada jawatannya dalam Dewan Negara oleh DAP. Tunku Aziz juga telah mencadangkan kepada pimpinan parti supaya "mengambil tindakan tatatertib yang setimpal dengan ahli-ahli lain" kerana menyuarakan pendapatnya yang berbeza. Oleh sebab tindakan tatatertib tidak diambil, beliau mengambil keputusan untuk letak jawatan daripada DAP untuk mengelakkan malu.

Saya ingin menyatakan kedukacitaan terhadap pengumuman Tunku. DAP percaya dalam prinsip kebebasan untuk bersuara dan setiap ahli dan pemimpin mempunyai hak untuk berbeza pendapat. Saya tidak setuju bahawa tindakan tatatertib harus diambil ke atas Tunku kerana berbeza pendapat dengan parti atas hak Bersih untuk melakukan protes "duduk-bantah" di Dataran Merdeka.

Sememangnya terdapat rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli parti di setiap tahap kerana beliau telah mengambil pendirian terbuka yang bertentangan dengan parti dalam isu Bersih sebelum dan juga selepas perhimpunan pada 28 April. Namun begitu, jika Tunku berhak untuk menyuarakan pendapatnya yang berbeza, hak parti untuk menyatakan pendirian dalam isu dasar yang asas ini harus dihormati juga. Parti tidak sesekalipun mengambil apa-apa tindakan terhadap Tunku kerana menyuarakan perbezaan pendapatnya atau pun meminta agar beliau keluar atau letak jawatannya.

Saya berasa dukacita kerana Tunku ingin keluar dari parti disebabkan perbezaan pendapat dalam isu Bersih. Hakikatnya, Tunku telah memasuki DAP kerana DAP menawarkan pentas untuk mempromosikan integriti dan melawan rasuah. Prestasi DAP dalam kerajaan selepas mengambil alih Pulau Pinang pada tahun 2008 jelas telah membuktikan bahawa kami mempromosikan integriti dan melawan rasuah.

Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah mempelopori usaha integriti dan anti-rasuah melalui tender terbuka, pendedahan terbuka kontrak-kontrak kerajaan dan pengisytiharan harta oleh pemimpin-pemimpin. Bukan sahaja Transparency International malah Laporan Ketua Audit Negara juga telah memuji prestasi kewangan Pulau Pinang. Bahkan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik juga telah memuji Pulau Pinang kerana prestasi yang baik dan bersih daripada rasuah.

Walaupun beliau telah berbeza pendapat secara terbuka, kami tidak ingin beliau meninggalkan parti dan sebaliknya ingin beliau terus menjadi Naib Pengerusi DAP. Saya harap kita boleh menyelesaikan apa-apa perbezaan pendapat secara dalaman dan dengan semangat kesetiakawanan. Saya akan menghubungi beliau untuk berjumpa dan berbincang dengannya atas harapan beliau akan bertukar fikiran dan tidak keluar dari parti.

*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

No comments

Powered by Blogger.