Live BERSIH 3.0: Lagi Gambar Kemaskini Dari Dataran Merdeka. Allahuakhbar!

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/546499_10150778080393114_572523113_9419491_925907742_n.jpghttps://p.twimg.com/ArgI9j8CEAIVqEi.jpg
http://mypict.me.s3.amazonaws.com/upload/images4/upload/0/338/824/338824703-500x500.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/562262_398278893538724_146443882055561_1205488_1649788351_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/579313_401620299870281_100000669436145_1281323_1925826712_n.jpg
https://p.twimg.com/ArgHDcMCIAEygYp.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/535151_424386020907087_100000070773451_1643607_320005974_n.jpghttps://p.twimg.com/ArgI3kwCEAA8f5B.jpg

KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini.

Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa.

Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat.

Sementara itu, di Taman Melewar, Gombak yang menjadi lokasi terakhir amanat pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, bilangannya juga dianggar lebih 10,000 orang.

Mereka yang hampir pasti menyertai perhimpunan yang bertujuan mendesak pemerintah mengadakan reformasi sistem pilihan raya, mulai esok pagi.

Tinjauan di paparan laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan peserta perhimpunan menyifatkan Bersih 3.0 sudah bermula.

“Perhimpunan Bersih akan tersemadi dalam sejarah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah anak cucuku bercerita di kemudian hari,” kata seorang peserta perhimpunan.


TERUS BERJUANG WAHAI ANAK MUDA NEGARA!




No comments

Powered by Blogger.