Laman web FAM digodam


Oleh: NORASHIKIN LEMAN

SHAH ALAM - Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam hari ini, dipercayai tengah hari ini - sehari selepas Presidennya Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa timbalan baginda, Tan Sri Annuar Musa telah melakukan "kesalahan besar" dan akan berhadapan dengan hukuman berat.

Penggodam yang hanya menggelar mereka "Mesej dari rakyat_marhein" antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media.

Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan.

Ini kali kedua laman web FAM digodam selepas kali terakhir pada Oktober lalu. Ketika itu ia digodam berhubung isu kenaikan harga tiket perlawanan Piala Malaysia.

Semalam, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Annuar telah melakukan satu kesalahan besar dan akan berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 4 April ini untuk mengetahui keputusan mengenai kesnya itu.

“Dia (Annuar) perlu berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin kerana apa yang dilakukan itu kesalahan besar. Bila sudah buat satu tindakan tidak bijak yang menyalahi undang-undang, dia kena berhadapan dengan tindakan itu,” titah baginda.

Dalam pada itu baginda bertitah, tindakan Annuar itu merupakan sesuatu langkah tidak wajar dan akhirnya memakan diri sendiri.

Baru-baru ini Annuar, bekas menteri Kabinet Persekutuan, melahirkan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini ekoran aksi goyah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pada satu majlis di Shah Alam baru-baru ini, Annuar berkata, kenyataan beliau disalah tafsir pihak media kerana beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan, tidak merujuk kepada mana-mana individu termasuk Datuk K Rajagobal.

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenya taan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pe-ngurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh beri komen mengenai skuad kebangsaan.

No comments

Powered by Blogger.