Ucapan Penghargaan Dan Pesan Agar Terus Istiqamah Melakukan Islah Dari Sheikh Yusof Al Qaradawi Buat DSAI



http://www.qaradawi.net/component/content/article/5508.html

Melalui Telegraf, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengucapkan tahniah dengan kejayaan Anwar Ibrahim, Bekas timbalan Perdana Menteri yang merupakan Ketua parti Keadilan rakyat dengan keputusan mahkamah yang membersihkan dari tohmahan fitnah terhadap beliau.

Berkata Pengerusi Kesatuan ulama muslimin menerusi telegrafnya, “Kami utuskan kepada kamu dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dada yang cukup lapang, bibir yang mengukir senyuman ekoran Allah SWT Allah membersihkan kamu dengan keputusan Mahkamah. Juga kerana Allah SWT memberi kesayangan manusia dan penghormatan rakyat kepada kamu”

Qaradhawi menambah lagi, “kesayangan dan penghormatan rakyat Malaysia yang mereka berikan kepada kamu ini tidak akan berlaku kecuali kesungguhan kamu dalam politik dan usaha melakukan perubahan (Islah)”

No comments

Powered by Blogger.