Cuepacs buat perhimpunan jelas pendirian bantah SBPA Ahad ini

Oleh G. Manimaran December

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Cuepacs yang mengambil pendirian membantah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Ahad ini untuk membuat penerangan kepada ahlinya.

Perhimpunan berkenaan pendirian membantah pelaksanaan SBPA diumumkan pada akhir mesyuarat kongres Cuepacs di Perlis tengah hari tadi.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, langkah itu diputuskan untuk menerangkan alasan pendirian badan induk kesatuan sekerja awam tersebut menolak pelaksanaan SBPA.

“Kami menjangkakan sekitar 2,000 orang akan hadir, pemimpin dan ahli jawatankuasa kesatuan gabungan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kalau boleh kami mengharapkan kehadiran luar jangkaan, lebih 2,000 orang yang kami jangkakan,” katanya lagi.

Perhimpunan akan diadakan di dewan CIDB, Jalan Chan Sow Lin.

No comments

Powered by Blogger.