Cis DAP

PPSMI: Gunakan semula sistem lama, DAP gesa Putrajaya

Oleh Debra Chong


KUALA LUMPUR, 30 Okt — Kementerian Pelajaran perlu lebih fleksibel dan wajar memberi ospyen untuk belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, kata DAP sambil menegaskan dasar sedemikian akan membolehkan Malaysia mengekalkan bakat-bakat terbaik dalam negara.

Parti pembangkang itu melahirkan pendirian menyokong pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terus mendesak kerajaan agar mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan memberi opsyen kepada para pelajar.

“Prinsip paling penting yang Kementerian Pelajaran harus terima pakai ialah pelajar-pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Kedua, dan yang paling penting ialah usaha perlu diambil untuk memastikan sekolah-sekolah berupaya untuk melahirkan modal insan terbaik bagi Malaysia ketika kita sedang berusaha menjadi sebahagian daripada ekonomi berasaskan pengetahuan dalam muncul sebagai negara berpendapatan tinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

No comments

Powered by Blogger.