Janji biasiswa: Publik kadangkala tak faham, kata Najib

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan, kerajaan tidak pernah menjanjikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengajian luar negara bagi kesemua pelajar cemerlang SPM.

Sebaliknya tegas Najib, kerajaan hanya mengatakan bahawa biasiswa JPA adalah bagi kedua-dua pengajian dalam dan luar negara, yang diberikan kepada mereka yang memperoleh kelulusan 8A+.

“Janji kita ialah kesemua pelajar 8A+ akan mendapat biasiswa kerajaan untuk (belajar sama ada) di peringkat tempatan dan luar negara. Kami tidak pernah menjanjikan bahawa setiap orang akan mendapat biasiswa ke luar negara.

“Publik kadangkala tidak faham,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

No comments

Powered by Blogger.