Arsenal akan menentang Malaysia

LONDON 24 Mei - Pasukan Liga England, Arsenal akan menentang Malaysia semasa mengadakan siri perlawanan persahabatan di Asia Julai ini.

Perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 13 Julai merupakan perlawanan bahagian pertama dalam rangka pasukan itu mengadakan jelajah Asia dan jadual bahagian kedua jelajah itu akan dikeluarkan kemudian.

“Semua pihak di Kelab Bola Sepak Arsenal teruja untuk melawat Malaysia,” kata Ketua Eksekutif, Ivan Gazidi dalam laman web www.arsenal.com hari ini.

Menurut beliau, Arsenal mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan Malaysia sejak tahun 1960-an dan ini merupakan kunjungan keempat dan yang terakhir adalah pada tahun 1999. - Reuters

No comments

Powered by Blogger.