Emel 1Malaysia terima reaksi negatif di Facebook, Twitter

KUALA LUMPUR: Projek emel 1Malaysia yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, rata-rata mendapat reaksi negatif daripada rakyat Malaysia.

Tinjauan KeadilanDaily.com di laman sosial Facebook dan Twitter mendapati kebanyakan rakyat Malaysia merasa ragu-ragu dengan inisiatif tersebut, malah turut menjadikan ia sebagai modal untuk gurauan.

Sehingga kini, di laman Facebook, Kumpulan membantah inisiatif tersebut, ’1M Malaysians who don’t want Najib’s 1 Malaysia email’, menjangkau 40,000 penyertaan dalam tempoh kurang 48 jam, selepas projek itu diumum Najib.

Bilangannya dijangka semakin bertambah.

Menurut status-status yang ditulis pengguna laman sosial tersebut, ada yang berpendapat Emel 1Malaysia akan digunakan Najib sebagai saluran kempen Barisan Nasional dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

“Najib sedang bersedia untuk PRU ke-13. Beliau akan spam kesemua akaun email 1Malaysia dengan emel kempen BN,” kata seorang pengguna Facebook dengan nama Soo Ching Pin.

Seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Tan Min Aik mempersoal mengapa akaun emel percuma mahu diberikan kepada rakyat Malaysia sedangkan terdapat sesetengah tempat yang masih tidak menerima bekalan elektrik.

“Ia tidak masuk akal untuk memberikan akaun emel percuma apabila masih ada tempat di Malaysia yang tiada bekalan elektrik apatah lagi capaian Internet),” kata Tan Min Aik.

Penguna Twitter yang bernama @Aminahmad berkata “Bila PR kata nak naik gaji guru RM500 Tok Din (Muhyiddin Yassin) kata negara akan bankrap. RM50 juta untuk e-mel 1Malaysia negara akan kaya raya?”

Malah, halaman twitter perdana menteri turut diserang dengan pelbagai soalan daripada rakyat. Pengguna bernama @Fazlitaufek bertanya kepada Najib, “Free emails to Malaysian that needs RM50M to build? Ever heard of Gmail? @NajibRazak,”

Ada juga yang berpendapat Najib perlu mendahulukan akses jalur lebar kepada rakyat dan bukannya pemberian akaun emel percuma.

“@NajibRazak why not spend RM50m on better access of broadband first? how to use #1Malaysiaemail if no internet access,” kata pengguna Twitter dengan nama whykimi.

Manakala ada juga yang bimbang dengan faktor keselamatan seperti yang dilontar pengguna twitter bernama @Nurulakmar.

“Cuba bayangkan jika tiba-tiba emel 1Malaysia kita diceroboh oleh orang lain. Habis la dokumen2 penting (softcopy) kita kan,” ujarnya.

Pengguna memakai nama @jasonmumbles berkata, penjelasan Najib bahawa projek itu sebenarnya dibiayai pihak swasta merupakan alasan semata-mata.

Malahan alasan yang sama juga diberikan kepada rakyat selepas rakyat membantah projek Menara Warisan Merdeka beberapa bulan lalu.

Seorang lagi pengguna Twitter, @zhiQ mempersoalkan keupayaan Tricubes membiayai projek bernilai RM50 juta jika benar dakwaan Najib projek itu sebenarnya dibiayai pihak swasta. Ini kerana Tricubes disenarai sebagai syarikat bermasalah di Bursa Malaysia.

“PM says #1MalaysiaEmail is private sector funded. Do u think Tricubes is capable to fund the RM50mil?,” kata @zhiQ.

Seorang lagi pengguna Twitter, @akumijaedotcom pula secara berseloroh berkata, emel 1Malaysia merupakan satu usaha kerajaan untuk ‘membasuh minda’ rakyat.

“Now government can ‘brainwash’ our mind by sending the government ideology via #1malaysiaemail, deny me if i’m wrong,” kata @akumijaedotcom.

Maklumbalas kepada projek itu diperolehi di laman Twitter menggunakan tag #1MalaysiaEmail.

No comments

Powered by Blogger.