Selangor destinasi pelaburan utama pelabur asing, tempatan.

SHAH ALAM: Pendustaan dan penipuan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat terbukti tidak berasas apabila pelaburan Selangor mencecah RM29.3 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2010.

“Ini merupakan nilai pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain,” kata Exco Teresa Kok melalui kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Tambahnya, Selangor mencapai bilangan projek perindustrian dan peluang pekerjaan tertinggi berbanding negeri-negeri di kuasai BN.

“Negeri Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi dengan 905 projek dan bilangan peluang perkerjaan yang mencecah 80 ribu berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama,” tambahnya.

Teresa berkata, melalui data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Mida), jelas menunjukkan tohmahan Umno BN bahawa pelaburan Selangor jatuh sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, adalah tidak berasas.

Malah, katanya, selain Amerika Syarikat dengan modal pelaburan RM4.7 bilion, German, Jepun dan Singapura juga turut merupakan pelabur utama kepada pemangkin ekonomi Selangor.

“Negara pelabur asing utama Selangor ialah Amerika dengan pelaburan RM47 bilion, German dengan RM35 bilion, Jepun dengan Rm3.4 bilion, dan Singapura dengan nilai RM1.8 bilion,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.