Pelaburan negara Timur Tengah ke Selangor RM376 juta

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan jumlah pelaburan negara dari Timur Tengah dalam tempoh dua tahun sejak 2008, mencecah RM376 juta.

Bercakap pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, beliau berkata negara itu meliputi Arab Saudi melibatkan lapan projek, Iran (tiga projek) manakala Syria dan Turki masing-masing satu projek.

“Sebanyak 13 projek negara dari Timur Tengah diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Miti) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Mida) di Selangor dengan nilai RM376 juta,” katanya.

Khalid berkata, Selangor melalui SSIC Berhad memantau dan menyelaras mesyuarat teknikal bersama agensi yang terlibat, supaya pembangunan dirancang pelabur dapat disiapkan dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Dalam sektor pelaburan, beliau berkata, kerajaan Selangor memberi penekanan kepada industri berasaskan teknologi tinggi dan mesra alam, selain industri berasaskan pengetahuan dan kemesraan alam sekitar,

Exco Selangor, Teresa Kok berkata, Barisan Nasional (BN) berdusta rakyat apabila mentohmah negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak mampu menarik minat pelabur asing, lebih-lebih lagi pelaburan Selangor keseluruhannya mencecah RM29.3 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2010.

“Ini adalah pelaburan tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, Selangor mencapai bilangan projek perindustrian dan peluang pekerjaan tertinggi berbanding negeri-negeri di kuasai BN.

“Selangor mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi dengan 905 projek dan bilangan peluang perkerjaan yang mencecah 80,000 berbanding dengan negeri lain bagi tempoh yang sama,” tambahnya.

Teresa berkata, melalui data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Mida), jelas menunjukkan tohmahan Umno BN bahawa pelaburan Selangor jatuh sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, adalah tidak berasas.

Malah, tambahnya, selain Amerika Syarikat dengan modal pelaburan RM4.7 bilion, German, Jepun dan Singapura juga turut merupakan pelabur asing utama kepada pemangkin ekonomi Selangor.

“Negara pelabur asing utama Selangor ialah Amerika dengan pelaburan RM47 bilion, German dengan RM35 bilion, Jepun dengan Rm3.4 bilion, dan Singapura dengan nilai RM1.8 bilion,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.