Negeri Selangor mendapat pelaburan perindustrian yang tertinggi di Malaysia bagi tempoh 2008 - 2010 sejak Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri Sel

Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Shah Alam pada hari Rabu, 30hb Mac 2011:

Negeri Selangor mendapat pelaburan perindustrian yang tertinggi di Malaysia bagi tempoh 2008 - 2010 sejak Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri Selangor

Data dari sumber MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi iaitu sebanyak RM 29.3 billion bagi tempoh 2008 - 2010. Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

Selangor diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM 27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion.

Negeri Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi (905 projek) dan bilangan peluang perkerjaan yang tertinggi (80 ribu) berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama.

Empat buah negara pelabur asing yang utama di Selangor dalam tempoh tersebut ialah Amerika Syarikat dengan jumlah modal pelaburan RM 4.7 billion, diikuti oleh Jerman dengan RM 3.5 billion, Japan dengan RM3.4 billion dan Singapura dengan nilai RM 1.8 billion.

Data MIDA ini jelas menunjukkan bahawa tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah tidak berasas.

Kesimpulannya, ekonomi Selangor masih lagi mantap di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Selangor masih lagi merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.

* Teresa Kok Suh Sim, Pengerusi Negeri DAP Selangor, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan & Ahli Parlimen Seputeh

1 comment

Putra IJ80 said...

Ini kita akui kehebatan Negeri Selangor di bawah PR,

Bukan itu saja ,mereka berjaya mengisi Kantong Negeri dgn Jumlah amount yg.banyak dan terbanyak selepas Negeri Selangor di bawah milik PR.

Tapi sayang Jalan Raya Negeri yg.di gunakan ole kebanyakan orang ,tidak di jaga, berlopak lopak ,beralun,berlobang lobang.,sahingga pemanduan tidak selesa.

Habis habis di turap ,pada tempat yg.berkenaan.

Ada setengah tempat seperti di hadapan kondo Riverdale ,Keramat,Jln Setapak berhampiran Collage TAR.,sudah dua tiga kali di Turap.,dlm masa tidak sampai 6 bulan.

Ini kerja sia sia.,

Mengapa tidak di baiki sepenuh nya dan di TAR mengikut standard piawaian JKR .,agar dia tahan dan selamat di gunakan?

Ada kah kerana hendak berjimat,sahingga mengabaikan keselesaan dan keselamatan Rakyat?

Duit yg.banyak di simpan tidak memberi apa apa kelebihan pada PR,jika rakyat meluat dan tension dgn keadaan jalan n lain lain yg.tidak selesa.

Bila UMNO(BN) ambil alih Negeri, PR berputih mata ,mereka membelanjakan duit itu utk keluarga dan kroni mereka.

Itu yg.terjadi di PERAK,

Mengapa PR tidak mengambil iktibar dari nya?????.

Powered by Blogger.