Eskay buat kenyataan bodoh, kebudak-budakan – Sivarasa

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya berhenti membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan berhubung perjalanan Ketua Umum KEADILAN itu ke Thailand ataupun ke mana-mana bahagian di dunia ini.

R Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang merangkap Ahli Biro Politik KEADILANberkata, tiada pihak yang waras sanggup menjawab persoalan sedemikian yang seolah-olah menunjukkan keberanian ahli perniagaan itu.

“Oleh itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihati supaya tidak respon terhadap kebodohan Eskay.

“Jika Eskay ada dakwaan khusus untuk dibuat, maka dia harus membuat dan menghadapi kesannya, perundangan ataupun sebaliknya,” kata Sivarasa dalam kenyataan media.

Shazryl Eskay adalah salah seorang daripada trio ‘Datuk T’ yang mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks palsu pada 21 Mac lalu.

Dua lagi ‘Datuk T’ adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Sivarasa berkata, Shazryl Eskay nmenikmati manfaat imuniti yang diberi Barisan Nasional (BN) dan mendapat perlindungan dari pendakwaan meskipun secara terbuka mengaku melakukan jenayah memiliki video lucah dan mempertontonkannya kepada umum.

“Bagaimanapun, apa-apa tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk dilakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang tegas dan sewajarnya,” katanya.

Sehingga kini, ketiga-tiga individu trio ‘Datuk T’ masih bebas walaupun kes mereka disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah kerana menjual, menyewa, mengedar atau menayangkan bahan-bahan berunsur tidak sopan.

Jika sabit kesalahan, mereka yang bersalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

No comments

Powered by Blogger.