Amanda bogel ketika ditemu bual

PELAKON filem Little Red Riding Hood, Amanda Seyfried mengaku bahawa dia berbogel ketika ditemu bual oleh penyanyi Justin Timberlake baru-baru ini.

Dia berkata demikian kepada Timberlake ketika penyanyi itu mewawancaranya menerusi telefon.

"Sebenarnya saya sekarang tidak memakai apa-apa. Jadi jika kamu ingin menemu ramah dengan cara ini, saya tidak kisah.

"Saya sangat selesa memakai seragam hari lahir," katanya kepada Timberlake.

Dalam perbualan untuk majalah Interview keluaran Mac itu, Timberlake bertanyakan beberapa soalan kepada Seyfried berhubung filem terbaru lakonannya itu.

No comments

Powered by Blogger.